CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, May 28, 2011

hati seorang anak...

 
ASSALAMUALAIKUM....GUTEN ABEND...こんばんわ

sebagai seorang anak, apa yang anda harapkan daripada mereka??
KASIH SAYANG??DUIT???PERHATIAN???KEHARMONIAN KEKELUARGAAN??

hurmm....pikir2kan la....
mungkin anda sebahagian daripada anda akan berkata "ujian rumahtangga..masing-masing ada ujiannya tersendiri"..mungkin benar....tapi jauh di sudut di hatiku,sedih juga pabila mendengar keluhan yang diluahkan olehnya...kadang-kadang aku sendiri mahu lari dari rumah ini...duduk berjauhan daripada mereka...tapi takdir Allah meletakkan aku belajar di Malaysia sahaja.moga-moga dapatlah bersama dengan keluarga ku...insya Allah mudah2an..
 

aku sendiri tidak tahu di mana silapnya bermula...dalam  benak hati kecilku berkata "kenapa mereka ini tidak mahu menyelesaikan masalah ini dengan sendiri secara aman dan tidak mahu membiarkan anak2 mereka.khuatir akan tertekan bersama dengan masalah mereka.".tidakkah mereka tahu apa yang diinginkan seorang anak daripada ibu bapa mereka iaitu sebuah keluarga bahagia...sepertimana dalam lagu nasyid 'KELUARGA BAHAGIA'
apakah perasaan anda semua apabila anda melihat kedua-dua ibu bapa anda sering tidak sependapat di hadapan anda. ibu anda sering meluahkan perasaannya kepada anda..apakah respons yang anda mampu berikan kepada beliau sedangkan anda sendiri tidak pernah mengalami pengalaman bercinta ini kan pula memberikan respons mengenai hal rumahtangga ibubapa anda.sampaikan satu tahap, anda sendiri takut akan berumah tangga disebabkan anda sering mendengar...
 
umurku semakin meningkat dewasa...YA..aku sudah memasuki alam dewasa (21 tahun..). kamu mengertikan apa yang aku khuatirkan ketika ini dan juga masa akan datang...kadang-kadang fikiran jahat ku sering timbul..nauzubillahi min zaliq...jangan la berlaku yang bukan-bukan ke atas keluargaku....bukan ku ingin membuka aib keluargaku sekalipun..hanya di sini tempat ku luahkan perasaan aku dan mungkin pada waktu  yang sama aku mendapat pendapat daripada rakan2ku....
 
hati ku sedih pabila aku sendirian..mengapa ini ter jadii terhadap mereka..di manakah kejujuran dalam perhubungan, persefahaman antara mereka dan kasih sayang....
 
 
KU HARAP CINTA BY NOW SEE HEART
Kuharap kau cuba memahami
Luahan hati ini
Yang ingin dicintai
Kuharap kau dapat menghayati
Sentuhan jiwa ini
Yang ingin disayangi

Tiada balasan

Yang ada hanyalah alasan
Tiada jawaban
Yang ada hanyalah persoalan

Di manakah kejujuran

Di manakah ketulusan
Di manakah keikhlasan
Di manakah kejujuran

Kerana Tuhan hanya mahukan

Kejujuran, keikhlasan
cinta

Kuharap

kau dapat menghayati
Sentuhan jiwa ini
Yang ingin disayangi

Kuharap

kau cuba memahami
Luahan hati ini
Yang ingin dicintai
Kuharap kau dapat menghayati
Sentuhan jiwa ini
Yang ingin disayangi
 
 Kerana Tuhan hanya mahukan
Kejujuran, keikhlasan
cinta

di sini ku sertakan notes yang aku peroleh dari Facebook.selain aku menasihati diriku,aku juga ingin menasihati kepada bakal2 isteri dan isteri2 di luar sana;
Kepada isteri2 dan juga bakal isteri….

SAYANGI DAN BERSYUKURLAH DENGAN KEHADIRAN SEORANG YANG BERGELAR SUAMI !!!!

SUATU PERJALANAN
“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.”

Teringat pesan ayah di suatu petang..
“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,”

ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.
Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita.

Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud: “Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”  Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah.. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG
“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.

“ Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi..”
Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

“The only real mistake is the one from which we learn nothing…”



fikir2kanlah....



1 comments:

Light of honor said...

Sabar ye nad....saya pun tak tahu la apa yang terjadi...tapi semoga keadaan menjadi baik semula...jangan sedih2 ye nad

Post a Comment