CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 2, 2011

kopfschcmerzen

macam-macam la perkara yang berlaku kat dunia..
kadang-kadang aku sendiri pening kepala..akhirnya,aku sendiri sedih dan sakit hati bila fikirkan perkara macam tu..anda sendiri boleh tengok pada mana-mana dada akhbar yang menceritakan pelbagai ragam manusia akibat ketamakan terutama sekali KUASA....


apabila kuasa salah digunakan, rakyat negara memberontak. kita tidak perlu melihat jauh di Mesir, USA atau mana-mana negara..anda hanya perlu lihat di dalam negara kita sahaja. itu pun sudah cukup...dan tidak perlu nak cakap besar pasal masalah negara lain..cukup sahaja ambil kisah negara anda ini sendiri..
anda sendiri boleh lihat dan fikir..masing-masing mahu melepaskan kesenangan diri masing dan tidak menghiraukan tentang orang lain. pastu, memperkecilkan bangsa sendiri...sedih...tapi,itu lah hakikat....

kemudian,menunding jari ke arah orang lain..kenapa tidak mempersoalkan kepada diri sendiri???
bukankah anda tidak sedar bahawa satu jari menunding ke arah orang lain.selebihnya,jari anda menunding jari sendiri...bagi aku...diri yang lemah dan sering melakukan kesilapan aku tidak akan menyalahkan siapa2..kerana ku tahu..aku ialah manusia yang mempunyai akal mampu berfikir mana yang baik dan buruk.pandai-pandai la nak fikir yang mana....

kalau aku tulis lebih2 kat sini..gaya macam aku bagus sangat..dan aku sedar kelebihan dan kekurangan diri aku macam mana...jadi,aku mengajak anak bangsa ku sama-sama kembali memuhasabah diri..tak perlu nak gebang besar2 di sini..kalau anda mempunyai buah fikiran yang bagus daripada pemimpin yang sedia ada sekarang,berwibawa dan rasa meluat tengok melihat gambar para pemimpin yang sedia ada kerana mereka ini bukan yang anda undi masa pemilihan raya dulu...

aku rasa aku ada satu penyelesaian untuk kamu semua...walaupun cadangan ini bunyi macam tidak matang...sekurang-kurangnya, aku memberi cadangan...apa kata kepada siapa2 yang banyak mengomen @ kondem atau menentang mana2 pihak...kamu semua pergi mencalonkan diri untuk menjadi wakil rakyat bagi kawasan yang anda pertandingkan..jaga kawasan tersebut dengan habis baik serta menambahbaikkan infrastruktur..kan anda semua bijak mengeluarkan buah fikiran..kalau berjaya, kembangkan lagi...(^^)..
 sound silly...tapi..cuba la buat...:)

tapi,aku tahu menggalas tanggungjawab ini bukan mudah..apabila kita diberi tanggungjawab ke atas diri kita hal ini akan menarik diri kita ke neraka jika kita tidak menjalankan tanggungjawab tersebut dengan baik untuk rakyat nya @ orang bawahan....jadi fikir2 kan la..


dan semestinya ayat yang mesti terkeluar di benak fikiran 'memang la aku kena selamatkan diri aku..kalau tak siapa lagi??apa la orang yang tulis blog ni.cakap tak mature langsung...'
ya..memang apa yang aku tulis ini macam nampak orang tak berapa pandai nak cakap dalam hal ini and tak mature...masalah nya aku ada bagi masalah kat korang ke????just tulis luahan hati sahaja...baik meluahkan daripada simpan kan???kalau tak nak baca sudah la...:)

akhir kata...aku berharap bangsa ku tidak menjadi seperti enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing...marilah kita bersatu..untuk memajukan anak bangsa sendiri...insyaAllah...



0 comments:

Post a Comment